Vyasa

Vyasa (/ˈvjɑːsə/; Sanskrit: व्यास, lit. 'penyusun, pengatur', IAST: Vyāsa) atau Veda Vyasa (Sanskrit: वेदव्यास, lit. 'orang yang mengklasifikasikan Veda', IAST: Vedavyāsa), juga dikenali sebagai Krishna Dvaipayana (Sanskrit: कृष्णद्वैपायन, IAST: Kṛṣṇadvaipāyana), adalah seorang Rishi (resi dalam Bahasa Melayu) yang memainkan peranan penting dalam kebanyakan tradisi Hindu. Beliau secara tradisional dianggap sebagai pengarang epik Mahabharata, di mana beliau juga memainkan peranan utama dalam karya itu. Menurut tradisi Hindu, Vyasa ialah penyusun mantra Veda kepada empat teks, serta pengarang lapan belas Purana dan Brahmasutra.

Vyasa dikenali sebagai Bagawan Byasa (dalam bahasa Jawa dan Bahasa Indonesia).

Vyasa dianggap oleh ramai penganut Hindu sebagai penjelmaan sebahagian daripada (Aṃsavatara) Vishnu. Beliau adalah salah seorang yang abadi, dikenali sebagai Chiranjivi, yang dipercayai oleh penganut Hindu masih hidup dalam zaman semasa yang dikenali sebagai Kali Yuga.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne