Waktu Piawai India (bahasa Inggeris: Indian Standard Time, singkatan IST) ialah zon waktu yang digunakan di seluruh negara India, dengan perbezaan waktu sebesar UTC+5:30. Tidak terdapat waktu musim panas (DST) atau penyesuaian waktu musiman di India, meskipun DST pernah digunakan sebentar semasa Perang China-India pada tahun 1962, Perang India-Pakistan pada tahun 1965, dan Perang India-Pakistan pada tahun 1971.[1] Dalam sistem waktu ketenteraan dan penerbangan, IST termasuk dalam zon E* ("Echo-Star").[2]
Waktu Piawai India dihitung berdasarkan longitud 82.5° T, yang terletak di sebelah barat bandar Mirzapur, dekat Allahabad di negeri Uttar Pradesh. Perbezaan bujur antara Mirzapur dan Balai Cerap Diraja, Greenwich di United Kingdom sama dengan perbezaan waktu sebanyak 5 jam 30 minit tepat. Waktu tempatan diukur dari menara jam di Balai Cerap Allahabad (25.15° U 82.5° T) meskipun alat-alay pengukuran waktu rasmi disimpan di Makmal Fizikal Kebangsaan di New Delhi.[3]
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate=
(bantuan); External link in |work=
(bantuan)
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate=
(bantuan); External link in |work=
(bantuan)
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate=
dan |date=
(bantuan); External link in |work=
(bantuan)