Walther von Brauchitsch | |
---|---|
![]() Generaloberst Brauchitsch, Januari 1939 | |
Panglima Besar Tentera Darat Jerman | |
Dalam jawatan 4 Februari 1938 – 19 Disember 1941 | |
Canselor | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Werner von Fritsch |
Digantikan oleh | Adolf Hitler |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Berlin, Empayar Jerman | 4 Oktober 1881
Meninggal dunia | 18 Oktober 1948 Hamburg, Jerman Taklukan Bersekutu | (umur 67)
Tempat semadi | Salzgitter |
Pasangan | Elizabeth von Karstedt (k. 1910; c. 1938)Charlotte Rueffer (k. 1938) |
Pertalian | Jeneral Adolf von Brauchitsch (abang), Kolonel Bernd von Brauchitsch (anak), Manfred von Brauchitsch, Hans Bernd von Haeften dan Leftenan Werner von Haeften (kesemuanya anak buah) |
Anak | 3 |
Anugerah awam | Lencana Emas Parti Knight Cross of the Iron Cross |
Tandatangan | ![]() |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | ![]() ![]() ![]() |
Cabang/khidmat | Heer |
Tahun khidmat | 1900–41 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Unit | Artileri |
Pangkalan | OKH |
Perang/Pertempuran | Perang Dunia I
|
Walther Heinrich Alfred Hermann von Brauchitsch (4 Oktober 1881 – 18 Oktober 1948) adalah seorang Fil Marsyal Jerman dan Panglima Besar Tentera Darat Jerman semasa era Nazi. Dilahirkan dalam keluarga bangsawan tentera, Brauchitsch memasuki perkhidmatan tentera pada tahun 1901. Semasa Perang Dunia I, beliau berkhidmat dengan cemerlang di bahagian staf peringkat kor dan divisyen di Perbatasan Barat.
Selepas Nazi berkuasa pada 1933, Brauchitsch mengepalai Wilayah Tentera Prusia Timur. Beliau meminjam sejumlah wang yang besar dari Hitler dan terus bergantung kepada bantuan kewangannya. Brauchitsch berkhidmat sebagai Panglima Besar Tentera Darat Jerman (Oberbefehlshaber des Heeres) dari Februari 1938 sehingga Disember 1941. Beliau memainkan peranan utama dalam Pencerobohan Poland, Pertempuran Perancis dan mengawasi Pencerobohan Yugoslavia dan Greece. Untuk bahagiannya dalam Pertempuran Perancis, Brauchitsch menjadi salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai yang paling kanan dalam senioriti Tentera Darat Jerman.
Selepas mengalami serangan jantung pada November 1941 dan dipersalahkan atas kegagalan Operasi Typhoon, iaitu serangan Wehrmacht ke atas Moscow, Hitler memecat beliau sebagai Panglima Tentera Darat dan mengambil alih sendiri jawatan itu; beliau menghabiskan seluruh masa peperangan dengan bersara wajib. Selepas Perang Dunia II, Brauchitsch telah ditahan atas tuduhan jenayah perang tetapi meninggal dunia kerana pneumonia pada tahun 1948 sebelum beliau sempat didakwa. Seorang pegawai staf yang berkebolehan dari sekolah lama Prusia, beliau, seperti Werner von Blomberg, tidak mempunyai keberanian politik untuk membantah Hitler.