Wangsa Norodom | |
---|---|
![]() | |
Negara | ![]() |
Gelaran | Raja Kemboja Ratu Kemboja Samdech Krom Preah Samdech Krom Khun Samdech Preah Anoch |
Diasaskan | 1860 |
Pengasas | Norodom |
Ketua terkini | Norodom Sihamoni |
Etnik | Khmer, Thai, Vietnam, Perancis |
Wangsa Norodom merupakan kerabat diraja yang memerintah Kerajaan Kemboja. Kerabat diraja ini ditubuhkan pada 1860 oleh Raja Norodom I, anakanda kepada “Raja Agung” Ang Duong. Ketua Wangsa Norodom yang terkini ialah Raja Norodom Sihamoni. Norodom merupakan salah satu kerabat diraja yang wujud di Kemboja; kerabat sejawatnya ialah Wangsa Sisowath yang dinamakan sempena nama Raja Sisowath I, adinda tiri Norodom I. Wangsa Norodom telah melahirkan empat raja Kemboja dan tiga Perdana Menteri Kemboja.