Warren Buffett | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | 30 Ogos 1930 |
Warganegara | Amerika Syarikat |
Pendidikan | University of Pennsylvania University of Nebraska–Lincoln (BS) Columbia University (MS) |
Pekerjaan | Pengerusi & CEO, Berkshire Hathaway |
Nilai bersih | ▲ US$104.4 bilion (Ogos 2021)[1] |
Pasangan | Susan Buffett (1952–2004) (kematian), Astrid Menks (2006–)[2] |
Anak-anak | Susie Buffett, Howard Graham Buffett, Peter Buffett |
Laman web rasmi | www.berkshirehathaway.com |
Warren Edward Buffett (lahir 30 Ogos 1930 di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat) ialah seorang pelabur, ahli perniagaan dan dermawan berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan salah seorang pelabur paling berjaya di dunia serta pemegang saham terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway.[3] Beliau dinamakan orang terkaya di dunia oleh majalah Forbes pada separuh pertama tahun 2008, iaitu nilai bersihnya kira-kira $62.0 bilion[4], tetapi menjunam ke $37 bilion pada awal tahun 2009, sekaligus jatuh satu anak tangga ke #2 dalam senarai Forbes Billionaire List, iaitu $9 bilion di belakang Bill Gates. Dengan diberi gelaran "Dewata Omaha" (Oracle of Omaha)[5] atau "Pendeta Omaha" (Sage of Omaha),[6]