Yang Berhormat Senator Tuan Waytha Moorthy Ponnusamy | |
---|---|
வேதமூர்த்தி பொன்னுசாமி | |
Presiden Parti Kemajuan Malaysia | |
Menyandang jawatan 2019 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Dalam jawatan 17 Julai 2018 – 16 Julai 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial | |
Dalam jawatan 17 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Timbalan | Datuk Wira Dr. Mohamad Farid Md Rafik |
Didahului oleh | Yang Berhormat Tan Sri Dato' Sri Joseph Kurup Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional) |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Datuk Wira Halimah Mohd Sadique Sebagai Menteri Perpaduan Negara |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Komuniti Masyarakat India | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Februari 2014 | |
Raja | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah |
Perdana Menteri | Datuk Seri Najib Razak |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 16 Julai 1966 |
Parti politik | MAP HINDRAF (sebahagian dalam Pakatan Harapan bersama AMANAH, PPBM, DAP, PKR & WARISAN) |
Pasangan | Nagesvary Karuppen |
Pertalian | P. Uthayakumar (abang) |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Pekerjaan | Peguam dan aktivis hak asasi manusia |
Waytha Moorthy Ponnusamy kadangkala dieja Waythamoorthy (Tamil: வேதமூர்த்தி பொன்னுசாமி, translit. Vētamūrtti poṉṉucāmi lahir pada 16 Julai 1966) merupakan seorang ahli politik, peguam dan aktivis Malaysia. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Senator di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia dan juga merupakan bekas penyandang jawatan sebagai Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.[1][2] Beliau merupakan seorang Barrister dari Lincoln's Inn dan telah memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam di Malaysia pada tahun 1997. Kerja Waytha melibatkan litigasi kepentingan awam berhubung penangkapan tidak sah, kematian yang menyalahi undang-undang dalam tahanan polis, pembunuhan beramai-ramai dan juga; penyalahgunaan polisi tahanan; penafian pemberian status kewarganegaraan kepada masyarakat etnik India yang dilahirkan di Malaysia, memaksa penukaran agama masyarakat etnik India ke Islam, pemusnahan yang tidak sah terhadap Kuil Hindu atau tempat ibadat; dan penolakan pampasan kerajaan kepada pekerja Ladang masyarakat India. Banyak kerja-kerja Waytha telah dijalankan atas dasar pro bono disebabkan kekurangan dana awam yang diperuntukkan kepada bidang undang-undang. Beliau terkenal di kalangan kaum India Malaysia sebagai Pengasas HINDRAF dan juga bagi kempen domestik dan antarabangsa untuk memerangi diskriminasi terhadap penganut agama Hindu Malaysia.[3]