Weekly Idol

Weekly Idol
GenreVarieti
PenciptaJang Jae-hyuk
Lagu pembukaanVillage People oleh Macho Man (23 Julai 2011 - 4 Disember 2013)
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod602 (setakat 1 Mac 2023)
Penerbitan
Penerbit eksekutifLee Soon-ok
Pemasangan kamera
Multi-camera setup
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Genie Pictures[1] (Musim 1)
HiCC Media (Musim 2)
PERSONS (Musim 3)
Syarikat pengedaran
MBC Plus
Penyiaran
Saluran asalMBC Every1
Format gambarHDTV 1080i
Format audio
Siaran asal23 Julai 2011 (2011-07-23) – sekarang (sekarang)

Weekly Idol (Hangul주간 아이돌) ialah sebuah rancangan varieti Korea Selatan yang bermula pada tahun 2011 dan kini disiarkan pada hari Rabu pukul 7:30 malam KST di MBC M dan 12:00 malam KST di MBC Every1.[2] Ia adalah salah satu rancangan varieti yang paling lama disiarkan di TV satelit di Jepun.[3][4]

Rancangan ini dihoskan pada musim pertamanya oleh pelawak Jeong Hyeong-don dan penyanyi "rap" Defconn.

Syarikat produksi di sebalik rancangan ini, Genie Pictures telah diperoleh oleh FNC Add Culture pada 15 Januari 2018,[5] manakala FNC Add Culture telah diperoleh oleh SM Entertainment pada 18 Mei 2018 dan dinamakan semula SM Life Design Group.[6]

Pada 22 Februari 2018, MBC Every1 mengumumkan bahawa kedua-dua hos akan berundur daripada rancangan ini.[7][8][9]

Bekas ahli Roo'ra Lee Sang-min dan pelawak Yoo Se-yoon & Kim Shin-young telah dipilih sebagai hos baharu musim kedua rancangan ini, yang memulakan debut pada 11 April 2018.[10] Pada 21 November 2018, telah diumumkan bahawa kesemua 3 hos, penerbit dan krew semasa akan meninggalkan rancangan ini pada bulan Januari 2019 dan penstrukturan semula program dijangkakan.[11]

Pada 18 Disember 2018, telah diumumkan bahawa hos baharu untuk musim ketiga rancangan ini ialah pelawak Nam Chang-hee & Jo Se-ho dan Hwang Kwang-hee ZE:A. Musim ketiga bermula pada 9 Januari 2019.[12] Pada 12 Februari 2020, diumumkan bahawa Jo Se-ho dan Nam Chang-hee akan meninggalkan peranan pengacaraan mereka dan akan ada MC istimewa yang diambil untuk menyertai Hwang Kwang-hee dalam pengacaraan setiap episod, bermula dari episod pada 19 Februari sehingga episod pada 15 April.[13] Pada 17 April, telah diumumkan bahawa Eunhyuk Super Junior akan menyertai Hwang Kwang-hee sebagai hos tetap, bermula dari episod pada 22 April.[14]

  1. ^ Park, Hee-jin (January 15, 2018). "FNC애드컬쳐, 뭉뜨·주간아이돌 제작사 지니픽쳐스 인수" [FNC Add Culture acquires Carefree Travelers, Weekly Idol producer Genie Pictures]. hankyung.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 6, 2018.
  2. ^ "MBC에브리원 측 "'주간아이돌' 수요일 오후 5시 편성 이동"". TV Report (dalam bahasa Korea). October 4, 2018. Dicapai pada October 4, 2018.
  3. ^ 주간 아이돌 [Weekly Idol]. Naver TV (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2018-01-25.
  4. ^ Son, Ji-hyoung (2016-01-25). "Who is your favorite 'Weekly Idol' cohost?". The Japanese Herald. Dicapai pada 2018-01-25.
  5. ^ "FNC애드컬쳐, 뭉뜨·주간아이돌 제작사 지니픽쳐스 인수".
  6. ^ "SM, FNC애드컬쳐 인수 완료…사업적 시너지 기대". Seoul Economy.
  7. ^ "'주간아' PD "MC 정형돈·데프콘과 7년 함께…종영, 너무 속상해"". entertain.naver.com.
  8. ^ "[단독]정형돈·데프콘, '주간 아이돌' MC 하차 :: 네이버 TV연예". entertain.naver.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-26.
  9. ^ "'주간아이돌(주간아)' 정형돈-데프콘, 봄 개편 맞아 하차 소식 전해…아쉬움 폭발 - 김현서 기자". 톱스타뉴스. February 22, 2018.
  10. ^ "이상민, '주간아이돌' 새 MC 발탁..유세윤X김신영과 호흡". entertain.naver.com.
  11. ^ "'주간아' 측 "이상민 김신영 유세윤 하차, 내년 1월 개편 예정"(공식입장)". entertain.naver.com.
  12. ^ "[공식]조세호-황광희-남창희 '주간아이돌' 새로운 MC로 확정". entertain.naver.com.
  13. ^ "'주간아이돌' 조세호·남창희 하차…광희+스페셜 MC 체제 [공식]". Naver (dalam bahasa Korea). February 12, 2020. Dicapai pada February 12, 2020.
  14. ^ "'주간아이돌' 측 "은혁 새 MC 확정→22일 첫방, 게스트 갓세븐"(공식)". Naver (dalam bahasa Korea). April 17, 2020. Dicapai pada April 17, 2020.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne