Whippet[a] ialah satu bakaanjing bersaiz sederhana British daripada jenis anjing pemburu penglihatan yang berkaitan dengan grehaun yang lebih besar dan grehaun Itali yang lebih kecil. Selain perbezaan saiz, whippet hampir menyerupai kedua-dua baka ini dan kadang-kadang dirujuk sebagai "grehaun katik" atau secara basahan sebagai "kuda lumba orang miskin".[6] Baka ini lazimnya dibela sebagai anjing teman, untuk penunjukan, dan untuk perlumbaan amatur. Selain itu, whippet menyertai pelbagai sukan anjing, termasuk lure coursing, ketangkasan, dan flyball.[7]Whippet, yang terkenal kerana kelajuan cemerlangnya, memegang gelaran untuk kelajuan larian tertinggi bagi julat berat dan saiznya dan ia dipercayai mempunyai pecutan melahu-kepada-berlari terpantas antara mana-mana anjing.[8]
Whippet bercirikan perangai lemah lembut, penyayang, dan tenang. Walaupun santai dan tenteram di rumah, ia menunjukkan paras tenaga tinggi dan keterujaan di ruangan luar.[9]Whippet, yang pada asalnya sebagai anjing pemburu dan anjing lumba, mempunyai naluri pemangsa kuat, yang mungkin menyebabkannya mengejar haiwan kecil. Oleh itu, pengawasan semasa kegiatan ruangan luar disyorkan.
Whippet mempunyai lapis bulu gugur minimum yang mudah diuruskan kerana tekstur pendek dan licinnya dan kekurangan lapis bulu bawah. Walau bagaimanapun, lapis bulu pendek dan paras lemah badan rendah menjadikannya khususnya peka terhadap suhu rendah, maka mungkin memerlukan perlindungan tambahan, seperti jaket anjing, dalam cuaca lebih dingin. Baka ini pada umumnya sihat kerana mendapat manfaat daripada susuk kuat dan atletik dan bebas daripada banyak isu kebakaan yang terlihat pada baka lain.
Konsep anjing jenis grehaun daripada pelbagai saiz — besar, sederhana, dan kecil — telah didokumenkan dengan baik dalam panduan perburuan dan karya sejarah semula jadi yang bertarikh sejak Zaman Pertengahan. Pada awal abad ke-15, Edward dari Norwich, Duke York Ke-2, menterjemahkan dan memperbesar Livre de chasse ("Buku Perburuan") karya Perancis dari lewat abad ke-14, iaitu sebuah buku panduan komprehensif tentang arahan untuk perburuan dengan anjing. Dalam karya beliau, beliau menekankan manfaat pembelaan 'grehaun bersaiz besar', 'grehaun bersaiz sederhana', dan 'grehaun bersaiz kecil' untuk pemburuan pelbagai jenis buruan berlainan.[10] Kemudian, pada abad ke-16, pakar perubatan dan ahli akademik Inggeris John Caius merujuk kedua-dua jenis besar dan jenis kecil bagi Leporarius, Grehounde (grehaun) dalam buku beliau De Canibus Britannicus ("Tentang Anjing British").[11] Yang ketara juga, beliau menerangkan suatu jenis yang berhubungan dengan whippet: tumbler, "suatu jenis kecil bagi mungrell greyhounde" yang merupakan anjing pemburu sarang arnab yang digunakan untuk menangkap arnab.[12]Tumbler juga dicatatkan oleh Thomas Brown, seorang kurator dan penyunting Scotland, pada awal abad ke-19.[13]
^Beckett-Bradshaw, Ann (2019). "The merle color pattern in the whippet" [Corak warna merle pada whippet]. Sighthound Review (dalam bahasa Inggeris). Jil. 10 no. 1. m/s. 108.
^Borge, Kaja Sverdrup; Tønnessen, Ragnhild; Nødtvedt, Ane; Indrebø, Astrid (31 Disember 2010). "Litter size at birth in purebred dogs—A retrospective study of 224 breeds" [Saiz perinduk semasa kelahiran pada anjing baka tulen—Kajian retrospektif tentang 224 baka]. Theriogenology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 75 (5): 911–919. doi:10.1016/j.theriogenology.2010.10.034. ISSN1879-3231. PMID21196028. S2CID2880229.
^Coile, D. Caroline (1 Mac 1998). Whippets: A Complete Pet Owner's Manual [Whippet: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 8. ISBN9780764103124. OCLC38016572.
^"Whippet Activities" [Kegiatan Whippet] (dalam bahasa Inggeris). National Whippet Club of Canada. Dicapai pada 11 September 2024.
^Coile, D. Caroline (1 Mac 1998). Whippets: A Complete Pet Owner's Manual [Whippet: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 51. ISBN9780764103124. OCLC38016572.
^dari Norwich, Edward (1909). Baillie Grohamn, William Adolph; Baillie Grohman, Florence Nickalls (penyunting). The Master of Game: By Edward, Second Duke of York: The Oldest English Book on Hunting [Tuan Buruan: Oleh Edward, Duke York Ke-2: Buku Inggeris Tertua tentang Perburuan] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Chatto & Windus. m/s. 113. OCLC34235465.
^Brown, Thomas (1829). Biographical Sketches and Authentic Anecdotes of Dogs [Lakaran Biografi dan Anekdot Autentik tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh, United Kingdom: Oliver and Boyd. m/s. 416–417. OCLC558174949.
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan