![]() | Ini merupakan laman bantuan bagi panduan bagaimana di Wikipedia Bahasa Melayu. Laman ini menjelaskan proses atau tatacara bagi beberapa aspek norma dan amalan di Wikipedia. Laman ini bukanlah salah satu daripada dasar dan garis panduan di Wikipedia dan mungkin mencerminkan pelbagai tahap sepersetujuan dan pemeriksaan. |
Halaman perbualan biasa diarkibkan dari semasa ke semasa sewaktu halaman itu terlalu panjang. Halaman-halaman yang terlalu panjang amat sukar untuk melayar dan biasanya mengandungi perbincangan yang usang. Tambahan pula, halaman perbualan yang terlalu panjang membebankan pengguna yang menggunakan sambungan internet yang perlahan. Sebilangan pengguna juga tidak boleh menyunting halaman-halaman yang melebihi 32 kB disebabkan had saiz halaman pelayar.
Terdapat dua kaedah utama untuk mengarkibkan sebuah halaman perbualan, sebagaimana yang diperincikan di bawah. Tidak mengira mana satu kaedah yang dipilih, anda harus meninggalkan perbincangan-perbincangan yang masih berlangsung dalam halaman perbualan anda. Adalah amat membantu jika anda melabelkan arkib-arkib anda dengan tarikh-tarikh dan memberikan ringkasan perbincangan-perbincangan utamanya.
Menulis semula halaman perbualan ialah satu alternatif atau pelengkap untuk pengarkibannya.