Wikipedia:Kriteria untuk penghapusan segera

Kriteria untuk penghapusan segera menetapkan satu-satunya kes-kes yang membolehkan penyelia untuk melangkaukan perbincangan penghapusan dan menghapuskan laman-laman atau media-media Wikipedia. Kriteria tersebut meliputi sahaja kes-kes yang dinyatakan dalam peraturan di bawah.

Penghapusan dapat dibalikkan, tetapi oleh penyelia sahaja; oleh itu hapusan-hapusan yang lain berlaku sahaja selepas perbincangan. Tujuan penghapusan segera ialah untuk mengurangkan masa yang dibazirkan pada perbincangan penghapusan untuk laman atau media yang tiada peluang yang praktikal untuk berhidup selepas perbincangan.

Penyelia-penyelia hendaklah berhati-hati untuk tidak menghapuskan laman atau media dengan segera kecuali dalam kes-kes yang jelas dilihat. Jika sebuah laman telah terus hidup selepas perbincangan penghapusan yang terkini, jangan menghapuskannya dengan segera kecuali bila perlanggaran hak cipta yang baru telah didapati atau ia memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang tidak berkontroversi; kriteria tersebut dinyatakan di bawah. Penyumbang-penyumbang kadang-kadang mencipta laman di atas beberapa suntingan. Oleh itu, penyelia hendaklah mengelakkan dari menghapuskan sebuah laman yang tidak lengkap terlalu awal selepas penciptaannya.

Sesiapa boleh memohon penghapusan segera dengan menambah antara satu templat penghapusan segera. Sebelum mencalonkan sebuah laman untuk penghapusan segera, timbangkan jika ia boleh diperbaiki, diturunkan kepada rencana tunas, digabungkan atau dilencongkan ke tempat lain, dibalikkan ke semakan lepas yang lebih baik, atau ditangani dengan cara yang lain. Sebuah laman sahaja berlayak untuk penghapusan segera jika semua semakannya juga berlayak. Pengguna-pengguna yang mencalonkan sebuah laman untuk penghapusan segera hendaklah menyatakan kriteria-kriteria laman tersebut memenuhi, dan hendaklah memaklumkan pencipta laman dan sesiapa penyumbang yang utama.

Pencipta sebuah laman yang telah dicalonkan tidak dibenarkan untuk mengeluarkan teg penghapusan segera dari laman tersebut. Seorang penyunting yang bukan pencipta laman boleh membuat sedemikian. Seorang pencipta yang tidak bersetujui dengan penghapusan segera tersebut hendaklah mengklik butang Lawankan penghapusan segera ini yang hadir dalam teg penghapusan segera. Butang ini berpaut ke laman perbincangan dengan ruang yang telah diformat untuk pencipta tersebut untuk menerangkan kenapa laman tersebut hendaklah usah dihapuskan. Namun, jika penyumbang bersendirian mengosongkan sebuah laman (selain daripada laman pengguna atau kategori), ia boleh diambil sebagai permohonan penghapusan, dan laman yang dikosongkan boleh diteg dengan {{Db-blanked}} (lihat U7).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne