Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Manual gaya penulisan (MGP) |
---|
Tujuan Wikipedia:Manual gaya penulisan (serupa dengan panduan gaya yang lain) cuba memeliharakan ketekalan pandang dan memudahkan pembacaan. Garis panduan di sini bukannya muktamad; seringkalinya, satu cara adalah sama baik dengan cara yang lain, tetapi jika setiap pengguna menggunakan cara yang sama, Wikipedia akan lebih senang dibaca, ditulis dan disunting.
Penyumbang-penyumbang baru diperingatkan bahawa penulisan yang jelas, bermaklumat serta tidak berpihak adalah lebih mustahak daripada penyampaian dan penformatan. Pematuhannya oleh penulis-penulis, khususnya penulis baru, tidak diperlukan. Penyertaan anda diutamakan. Sila membuat apa sahaja yang anda berupaya dan tinggalkan kepada penyunting yang mahir untuk mengemaskinikan rencana anda.