Wikipedia:Panduan Scribble

"Shh! Saya sedang membaca bagaimana mahu scribble templat"

Ini ialah Panduan berkenaan Scribbling. Scribbling merujuk kepada tindakan menulis, ataupun mengubah, templat yang menggunakan penyambung Scribunto MediaWiki yang dibangunkan Tim Starling dan Victor Vasiliev. "Scribunto" datang daripada bahasa Latin yang bermaksud, "mereka akan menulis". Panduan ini bertujuan untuk memberi anda gambaran am Scribble dan beberapa petunjuk kepada maklumat lanjut tentangnya.

Templat Scribble mengandungi dua bahagian: templat itu sendiri dan satu atau lebih "modul" bahagian belakang yang terdapat dalam ruang nama Modul: yang mengandungi atur cara yang dilaksanakan pada pelayan wiki bagi menjana teks wiki yang dikembangkan daripada templat. Templat mencetuskan suatu fungsi yang terkandung dalam modul dengan menggunakan fungsi penghurai bernama {{#invoke:}}.

Scribble bertujuan untuk meningkatkan prestasi pemprosesan templat. Scribble menghilangkan keperluan bagi pengaturcaraan fungsi penghuraian templat melalui penggunaan fungsi penghurai seperti {{#if:}}, {{#ifeq:}}, {{#switch:}}, dan {{#eval:}}. Sebaliknya semua ini dilakukan dalam modul, dalam bahasa yang sebenarnya direka sebagai bahasa pengaturcaraan berbanding sistem templat yang ditokok tambah agar menjadi satu bahasa pengaturcaraan. Scribble juga menghilangkan keperluan untuk templat yang mengembangkan templat lain dan berkemungkinan sampai ke had pengembangan. Templat Scribble seharusnya tidak akan memerlukan transklusi templat lain.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne