Selain dari menyunting, ramai orang di Wikipedia terlibat dalam tugas penyelenggaraan. Kebanyakan tugas-tugas ini boleh dilakukan oleh mana-mana pengguna, bukan penyelia sahaja. Kerja penyelenggaraan merupakan tugas yang penting dalam memastikan Wikipedia dapat berfungsi secara optimum. Tetapi jangan lupa bahawa tujuan kita di sini adalah untuk mencipta satu ensiklopedia. Ada diantara laman-laman penyelenggaraan Wikipedia yang termasuk dalam Wikipedia:Dasar dan garis panduan, sebilangan yang lain mungkin tidak termasuk, namun laman-laman yang tidak termasuk mungkin akan dicalonkan sebagai salah satu dari laman-laman dasar dan garis panduan di Wikipedia kelak. Anda seharusnya peka kepada perkembangan dasar dan garis panduan Wikipedia yang sering berkembang dari masa ke masa mengikut perubahan dan persetujuan umum komuniti ini.