Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Mesej laman ini secara ringkas: Para penyunting yang mengganggu atau mendatangkan kegendalaan Wikipedia boleh disekat ataupun dilarang tanpa had masa. |
Penyuntingan yang mengganggu adalah pola penyuntingan yang mungkin dilakukan dalam tempoh yang panjang ataupun pada banyak rencana, dan mengganggu kemajuan dalam penambahbaikan sesuatu rencana ataupun proses pembinaan ensiklopedia. Penyuntingan yang mengganggu lazimnya tidak dikira laku musnah, mahupun laku musnah boleh mengganggu Wikipedia. Setiap kes harus diperiksa secara tersendiri dengan mengambil kira sama ada tindakan-tindakan yang dilakukan itu melanggar polisi dan garis panduan Wikipedia. (Jika seorang penyunting menganggap kes yang bukan laku musnah sebagai laku musnah, beliau mungkin memudaratkan ensiklopedia dengan menyisihkan penyunting berpotensi.)
Penyunting yang mengganggu tidak semestinya disengajakan. Berkemungkinan para penyunting mengganggu kerana mereka tidak faham bagaimana cara membuat suntingan ataupun mereka tidak mempunyai kebolehan atau skil sosial untuk bekerja secara kolaboratif. Namun, gangguan yang dilakukan dengan tidak sengaja tidak menukar hakikat bahawa ia memudaratkan Wikipedia.