Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Manual gaya penulisan (MGP) |
---|
Peringatan: Sebelum anda memasukkan gambar dalam rencana, anda harus melihat halaman penerangan imej untuk mengenalpastikan taraf/status hak cipta imej itu, serta memastikan bahawa taraf/status hak cipta imej itu telah dinyatakan dengan jelas. Adalah lebih baik jika anda menggunakan salah satu tag hak cipta fail yang sesuai untuk digunakan bagi satu-satu imej/fail.
Sila baca polisi penggunaan imej kami sebelum memilih gambar yang sesuai bagi sesuatu rencana, anda juga harus membaca perhatikan bahawa imej dalam kebanyakan laman web mempunyai hak cipta terpelihara dan harus TIDAK di muat naik dalam Wikipedia.