William II | |
---|---|
Maharaja Jerman, Raja Prusia | |
Pemerintahan | 1888-1918 |
Pendahulu | Frederick III |
Pengganti | Tiada (pemerintahan beraja dibubarkan) |
Pasangan | Augusta Viktoria |
Anakanda | Putera Mahkota Wilhelm Putera Eitel Friedrich Putera Adalbert Putera August Wilhelm Putera Oskar Putera Joachim Puteri Viktoria Luise |
Kerabat diraja | Kerabat Diraja Hohenzollern |
Ayahanda | Frederick III |
Bonda | Victoria, Puteri Diraja |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Wilhelm II, Maharaja Jerman. |
William II atau Wilhelm II (nama lahir: Frederick William Albert Victor; bahasa Jerman: Friedrich Wilhelm Albert Victor) (27 Januari 1859–4 Jun 1941), merupakan Maharaja Jerman dan Raja Prusia (bahasa Jerman: Deutscher Kaiser und König von Preußen) yang terakhir. Baginda memerintah kedua-dua Empayar Jerman dan Prusia dari 15 Jun 1888 sehingga 9 November 1918.
Peranan William II dalam sejarah Jerman merupakan satu persoalan yang penuh dengan perbalahan dalam kesarjanaan sejarah. Pada mulanya, baginda diperlihatkan sebagai satu tokoh yang penting, walaupun yang memalukan, dalam sejarah Jerman sehingga lewat dekad 1950-an. Selama banyak tahun selepas itu, pandangan utama adalah bahawa baginda tidak mempunyai banyak atau langsung tidak mempunyai sebarang pengaruh dalam dasar Jerman yang mengakibatkan Perang Dunia I. Pandangan ini telah dicabar sejak lewat 1970-an, terutamanya oleh Profesor John C. G. Rohl yang memperlihatkan William II sebagai tokoh utama dalam pemahaman kesemberonoan dan kejatuhan Empayar Jerman yang kemudian. [1]