Wilhelm Keitel

Wilhelm Keitel
Keitel selaku Generalfeldmarschall pada tahun 1942.
Ketua Markas Besar Wehrmacht
Dalam jawatan
4 Februari 1938 – 8 Mei 1945
Didahului olehWerner von Blomberg
(sebagai Menteri Perang Reich)
Digantikan olehAlfred Jodl
Ketua Pejabat Angkatan Tentera
Dalam jawatan
1 Oktober 1935 – 4 Februari 1938
Didahului olehWalther von Reichenau
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Maklumat peribadi
Lahir
Wilhelm Bodewin Johann Gustav Keitel

(1882-09-22)22 September 1882
Helmscherode, Empayar Jerman
Meninggal dunia16 Oktober 1946(1946-10-16) (umur 64)
Nuremberg, Jerman taklukan Bersekutu (dihukum mati)
PasanganLisa Fontaine (k. 1909) (1887-1959)
PertalianBodewin Keitel (adik)
Karl-Heinz Keitel (anak sulong)
KabinetKabinet Hitler
Anugerah awamKnight Cross of the Iron Cross
Lencana Cedera 20 Julai 1944
Lencana Emas Parti
TandatanganTandatangan
Nama panggilan"Lakeitel" (Pak turut)
Perkhidmatan tentera
KesetiaanEmpayar Jerman Empayar Jerman (hingga 1918)
Jerman Republik Weimar (hingga 1933)
Jerman Nazi Jerman Nazi
Cabang/khidmatWehrmacht
Tahun khidmat1901–1945
Pangkat Generalfeldmarschall
UnitArtileri
PangkalanOberkommando der Wehrmacht
Perang/PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II

Wilhelm Bodewin Johann Gustav Keitel (22 September 1882 – 16 Oktober 1946) ialah seorang Generalfeldmarschall (Fil Marsyal) Jerman. Selaku Panglima Markas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht atau OKW) dan Menteri Perang de facto Adolf Hitler, beliau adalah salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-2 dalam senioriti Tentera Darat Jerman. Beliau adalah pegawai staf yang berkelayakan namun ketaatannya yang membuta tuli kepada Hitler dan ketidakmampuannya untuk mempersoalkan perintah-perintah Hitler telah menimbulkan kesan buruk terhadap keberkesanan operasi Staf Am. Penindasan Keitel keatas para jeneral lain yang mempersoalkan keputusan Hitler telah menyebabkan kerosakan dalam proses komunikasi dan proses membuat keputusan oleh Staf Am.

Kesetiaan penuh dan persetujuan tetapnya terhadap rancangan-rancangan Hitler menyebabkan beliau mendapat kepercayaan Führer dan kebencian dari Staf Am, namun beliau tidak melakukan apa-apa untuk menegakkan kuasa tongkat Marsyalnya, lantaran itu Keitel digelar oleh pegawai-pegawai lain dengan nama Lakaitel (dari perkataan Lakai bermaksud "pak turut" atau "pembodek" yang digabungkan dengan namanya). Kerja-kerja sebenar OKW telah dilaksanakan oleh timbalannya iaitu Jeneral Alfred Jodl. Selepas perang, beliau telah diadili oleh Perbicaraan Nuremberg dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana melakukan jenayah perang. Beliau merupakan pegawai kedua tertinggi yang dibicarakan di Nuremberg selepas Reichsmarschall Hermann Goering.

Keitel menandatangani surat penyerahan kalah Jerman di Berlin, 8 Mei 1945

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne