Will Ferrell | |
---|---|
![]() Ferrell pada 2012 | |
Kelahiran | John William Ferrell 16 Julai 1967 Irvine, California, A.S. |
Pusat pendidikan | Universiti California Selatan (BA) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1991–kini |
Pasangan | Viveca Paulin (k. 2000) |
Anak-anak | 3 |
John William Ferrell (/ˈfɛrəl/;[1] lahir 16 Julai 1967)[2][3] ialah seorang pelakon, pelawak, penulis dan ahli perniagaan Amerika Syarikat.[4][5] Beliau mencipta nama pada pertengahan 1990-an sebagai pelakon dalam siri komedi sketsa NBC Saturday Night Live, dan seterusnya muncul dalam filem-filem komedi seperti Anchorman: The Legend of Ron Burgundy (2004), Talladega Nights (2006), Step Brothers (2008), The Other Guys (2010) dan Anchorman 2: The Legend Continues (2013), yang salah satunya ditulis bersama rakan pelawak Adam McKay. Mereka berdua juga mengasaskan laman web Funny or Die pada 2007. Filem-filem lakonan beliau yang lain termasuk Elf, Old School (kedua-duanya 2003), Blades of Glory (2007), Daddy's Home (2015), dan filem animasi Megamind (2010) dan The Lego Movie (2014).