Woody Harrelson

Woody Harrelson
Harrelson pada tahun 2009
Kelahiran
Woodrow Tracy Harrelson

(1961-07-23) 23 Julai 1961 (umur 63)
WarganegaraAmerican
PekerjaanPelakon, pengarang drama, pengarah
Tahun aktif1985–sekarang
PasanganNancy Simon (1985–1986)
Laura Louie (2008–present)
Anak-anak3
Ibu bapaCharles Harrelson
Diane Lou (née Oswald)

Woodrow Tracy "Woody" Harrelson[1][2] (lahir Julai 23, 1961) ialah seorang pelakon, aktivis dan pengarang drama Amerika Syarikat. Beliau dicalonkan untuk Anugerah Akademi dua kali dan teah memenangi satu Anugerah Emmy daripada tujuh pencalonan.

Peranan yang membuatnya terkenal datang pada tahun 1985 selepas menyertai sitkom televisyen, Cheers sebagai Woody Boyd dimana untuk itu beliau mendapat lima pencalonan Anugerah Emmy. Antara peranan terkenal beliau adalah Billy Hoyle dalam White Men Can't Jump, Roy Munson dalam Kingpin, Haymitch Abernathy dalam siri filem The Hunger Games,Tallahassee dalam "Zombieland", Mickey Knox dalam Natural Born Killers, Larry Flynt dalam The People vs. Larry Flynt dan Dusty dalam A Prairie Home Companion.

Untuk The People vs. Larry Flynt dan The Messenger, Harrelson mendapat pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik.[3] Pada tahun 2014, beliau membintangi sebagai Detektif Martin Hart dalam drama HBO, True Detective bersama-sama Matthew McConaughey yang mendapatkan beliau dan McConaughey pencalonan Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Drama Bersiri.

  1. ^ Tim Cooper (2002-07-19). "Welcome to Woody World | Theatre". Thisislondon.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-05. Dicapai pada 2013-09-30.
  2. ^ Sipchen, Bob (December 20, 1998). "The Life of Woody". Los Angeles Times.
  3. ^ Woody Harrelson di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne