Woody Harrelson | |
---|---|
![]() Harrelson pada tahun 2009 | |
Kelahiran | Woodrow Tracy Harrelson 23 Julai 1961 Midland, Texas, A.S. |
Warganegara | American |
Pekerjaan | Pelakon, pengarang drama, pengarah |
Tahun aktif | 1985–sekarang |
Pasangan | Nancy Simon (1985–1986) Laura Louie (2008–present) |
Anak-anak | 3 |
Ibu bapa | Charles Harrelson Diane Lou (née Oswald) |
Woodrow Tracy "Woody" Harrelson[1][2] (lahir Julai 23, 1961) ialah seorang pelakon, aktivis dan pengarang drama Amerika Syarikat. Beliau dicalonkan untuk Anugerah Akademi dua kali dan teah memenangi satu Anugerah Emmy daripada tujuh pencalonan.
Peranan yang membuatnya terkenal datang pada tahun 1985 selepas menyertai sitkom televisyen, Cheers sebagai Woody Boyd dimana untuk itu beliau mendapat lima pencalonan Anugerah Emmy. Antara peranan terkenal beliau adalah Billy Hoyle dalam White Men Can't Jump, Roy Munson dalam Kingpin, Haymitch Abernathy dalam siri filem The Hunger Games,Tallahassee dalam "Zombieland", Mickey Knox dalam Natural Born Killers, Larry Flynt dalam The People vs. Larry Flynt dan Dusty dalam A Prairie Home Companion.
Untuk The People vs. Larry Flynt dan The Messenger, Harrelson mendapat pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik.[3] Pada tahun 2014, beliau membintangi sebagai Detektif Martin Hart dalam drama HBO, True Detective bersama-sama Matthew McConaughey yang mendapatkan beliau dan McConaughey pencalonan Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Drama Bersiri.