Yahya Awang | |
---|---|
Kelahiran | Koloni Singapura (kini Singapura) | 7 September 1950
Kerakyatan | Malaysia |
Pusat pendidikan | Universiti Monash (MBBS) |
Terkenal kerana | Mengetuai pembedahan pintasan jantung ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad Menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di Malaysia |
Pasangan | Puan Sri Datuk Dr. Suraiya Hani Tun Hussein |
Ibu bapa | Tun Dr. Awang Hassan Toh Puan Khadijah Abdul Rahman |
Saudara | Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin (datuk) Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (bapa saudara) Datuk Seri Hishammuddin Hussein (adik ipar) Datuk Onn Hafiz Ghazi (anak saudara) Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar Suleiman (sepupu) Mohamed Tawfik Ismail (sepupu) |
Anugerah | Anugerah Merdeka (2013) |
Tan Sri Dato' Dr. Yahya bin Tun Dr. Awang (lahir 7 September 1950) ialah pakar pembedahan kardiotorasik Malaysia. Beliau merupakan individu yang mengetuai pembedahan pintasan jantung ke atas Mahathir Mohamad dan juga menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di Malaysia pada 1997. Tan Sri Dr. Yahya juga merupakan perintis kepada penubuhan Institut Jantung Negara (IJN).
Beliau merupakan anak lelaki kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kelima, Tun Dr. Awang Hassan dan anak saudara kepada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua.[1][2]