Yangon
ရန်ကုန် Rangoon | |
---|---|
Negara | Myanmar (Burma) |
Bahagian pentadbiran | Bahagian Yangon |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Brigedier Jeneral Aung Thein Lynn |
Keluasan | |
• Bandar Raya | 400 batu persegi (1,000 km2) |
• Bandar | 222 batu persegi (576 km2) |
Penduduk | |
• Bandar Raya | 5,000,000 (hampir) |
• Kelompok etnik | Bamar Anglo-Burma Cina Burma India Burma Kayin |
• Agama | Buddha Kristian Islam |
Zon waktu | UTC+6:30 |
• Musim panas (DST) | MST |
Laman sesawang | www.yangoncity.com.mm |
Yangon (ရန္ကုန္မ္ရုိ့ , populasi hampir 5,000,000 menurut banci 2007), dahulunya Rangoon, ialah bandaraya terbesar dan bekas ibu negara Myanmar. Bandaraya ini terletak di pertemuan Sungai-sungai Yangon dan Bago kira 19 batu (30 km) jauhnya dari Teluk Martaban. Di kedudukan 16°48' Utara, 96°09' Timur (16.8, 96.15), zon waktu piawainya ialah UTC/GMT +6:30 jam. Pada bulan November 2005, kerajaan tentera mula memindahkan pentadbiran pusat ke Naypyidaw, Bahagian Mandalay yang dirasmikan sebagai ibu negara baru pada 26 Mac 2006.[1]
Nama Yangon ialah gabungan dua perkataan, yan (ရန္ ) dan koun (ကုန္ ), masing-masing bermaksud "musuh" dan "berundur". Nama Yangon juga diterjemah sebagai "tamatnya persengketaan". "Rangoon" pula kebarangkaliannya berasal daripada kepelatan pendatang British menyebut nama "Yangon" dalam dialek Arakan bahasa Burma.
Setelah pemimpin tentera Jeneral Ne Win mengambil alih pemerintahan negara pada tahun 1962, Yangon masih mundur berbanding bandaraya-bandaraya lain di Asia Tenggara sehingga hari ini. Sektor pembinaan amat pesat, kebanyakannya hasil kemasukan pelaburan asing (dari Singapura dan China). Kebanyakan banguan perumahan dan komersil bertingkat-tingkat (taik) telah dibina atau dimodelkan semula di seluruh Pusat Bandaraya Yangon dan kawasan sekelilingya. Yangon mempunyai bangunan kolonial terbanyak di Asia Tenggara hari ini.[2] Pejabat kerajaan di dalam bangunan kolonial (cth. Mahkamah Tinggi, Dewan Bandaraya, Pasar Bogyoke dan Hospital Besar) telah disenaraikan untuk pengubahsuaian.[3] Bandar Baru (မ္ရုိ့သစ္ ) dan kawasan pinggir bandar yang lain, seperti Perbandaran Thaketa masih lagi dalam keadaan miskin.
Yangon ialah sebuah ahli Asian Network of Major Cities 21.