Yasin Sulaiman | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mohammad Yasin bin Sulaiman 30 Oktober 1975 |
Pekerjaan | Penyanyi, penerbit, komposer, penulis lirik, pencipta lagu, pelakon, pendakwah bebas |
Tahun aktif | 1995–kini |
Pasangan | Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain selama 17 tahun dari 2003 hingga 2020 |
Anak-anak | 2 |
Ibu | Suzanah Abdullah |
Bapa | Dr. Sulaiman Noordin |
Saudara | Nora (kakak), Dr. Mohamed Zain Sulaiman (abang), Dr. Idris Sulaiman (adik), Hasnah (adik), Aminah (adik), Marwan (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Nasyid |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia (2000–2003) Hush Entertainment (2002–kini) |
Pengkarya berkait | Kumpulan Brothers Vince Chong Waheeda Joe Flizzow |
Mohammad Yasin Sulaiman (lahir 30 Oktober 1975) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia yang memperjuangkan lagu-lagu berentak "world music" dan meniti populariti tersendiri pada era 2000an. Beliau memulakan kerjaya seni menerusi kumpulan nasyid Brothers sejak 1995. Lagu solo nyanyiannya yang berjudul Mimpi Laila berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi dan komposer apabila memenangi gelaran juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu ke-16. Album solo keduanya yang berjudul Salsabila pula memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003. Kini beliau banyak menumpukan kepada kerjaya sebagai penerbit dan pencipta lagu. Antara lagu popular ciptaannya adalah "Wassini" (Waheeda), "Lagu Rindu" (Siti Nurhaliza), "Ku Temu Cahaya" (Dayang Nurfaizah) dan "Alhamdulillah" (Too Phat).[1]