ياياسن دعوة إسلامية مليسيا | |
Intisari kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 25 Januari 1974 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Aras 4 Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No 3, Jalan Tun Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya |
Kakitangan | N/A |
Belanjawan tahunan | MYR N/A |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif kerajaan |
|
Agensi induk | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
Laman sesawang | www |
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah sebuah agensi Islam yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Abdul Razak Hussein[1] pada 1 Muharam 1394, iaitu 25 Januari 1974[2] yang bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia. Ia didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] yang bertanggungjawab secara langsung kepada Jabatan Perdana Menteri.