Patung betara Shiva bersila yang lazim dalam amalan yoga di Bengaluru, India.Maharishi Patanjali digambarkan sebagai kelahiran semula Adisesha.
Yoga (Sanskrit: योगyóga, IPA: [joːgə]) ialah disiplin-disiplin fizikal dan mental tradisional yang berasal dari India; matlamat yang dicapai disiplin-disiplin ini; dan antara enam fahaman ortodoks (āstika) dalam falsafah India.[1] Terdapat pelbagai fahaman, amalan dan matlamat Yoga dalam agama-agama Hindu, Buddha, dan Jain.[2][3][4]
Secara tradisi, amalan Yoga adalah lebih purba daripada kitab-kitab Veda. Golongan intelektual Barat mula menunjuk minat dalam Yoga pada kurun ke-19. Pada asalnya, para pemikir Eropah dan Amerika lebih cendurung dengan aspek falsafah Yoga.[10] Yoga sebagai suatu aktiviti senaman menarik minat masyarakat Barat secara umumnya dalam kurun ke-20 and ke-21.
Perkembangan Yoga di Barat dipelopori oleh Swami Vivekananda di Amerika Syarikat pada 1893. Namun, Vivekananda hanya menumpukan Yoga sebagai aliran falsafah dan pemikiran. Guru-guru Yoga terkemudian dan imigran India ke Amerika mengajar aliran yoga fizikal.[11] Kegiatan ini turut dimasyhurkan semasa berkembangnya budaya tentanganHippie pada tahun 1960-an.[11] Kini, perkembangan dan amalan Yoga di Barat lebih tertumpu pada aktiviti fizikal semata-mata dengan menyingkirkan unsur-unsur kerohanian.[12]
^"Yoga ada lima maksud utama: 1) yoga sebagai kaedah berdisiplin untuk mencapai tujuan; 2) yoga sebagai teknik menguasai badan dan minda; 3) yoga merupakan nama salah satu fahaman atau sistem falsafah (darśana); 4) yoga yang bergabung dengan kata-kata lain seperti hatha-, mantra-, dan laya-, memaksudkan tradisi-tradisi khusus dalam teknik-teknik yoga tertentu; 5) yoga sebagai matlamat amalan yoga." Jacobsen, p. 4.
^Denise Lardner Carmody, John Carmody (1996), Serene Compassion. Oxford University Press US. p. 68.
^Stuart Ray Sarbacker, Samādhi: The Numinous and Cessative in Indo-Tibetan Yoga. SUNY Press, 2005, pp. 1–2.
^Tattvarthasutra [6.1], see Manu Doshi (2007) Translation of Tattvarthasutra, Ahmedabad: Shrut Ratnakar p. 102
^Pandit Usharbudh Arya (1985). The philosophy of hatha yoga. Himalayan Institute Press; 2nd ed.
^Sri Swami Rama (2008) The royal path: Practical lessons on yoga. Himalayan Institute Press; New Ed edition.
^Swami Prabhavananda (Translator), Christopher Isherwood (Translator), Patanjali (Author). (1996). Vedanta Press; How to know god: The yoga aphorisms of Patanjali. New Ed edition.