Yu

Yu / iu / hiu
Jerung
Julat zaman: Jurasik Awal–Kini
Carcharhinus longimanus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Chondrichthyes
Subkelas: Elasmobranchii
Infrakelas: Euselachii
Superorder: Selachimorpha
Order

Carcharhiniformes
Heterodontiformes
Hexanchiformes
Lamniformes
Orectolobiformes
Pristiophoriformes
Squaliformes
Squatiniformes

Sinonim
Pleurotremata
Selachii

Yu (يو[1]), iu, hiu (Riau[2]) atau jerung (Jawi: جروڠ) ialah sekelompok ikan dalam superorder Selachimorpha dengan kerangka tulang muda yang lengkap dan tubuh yang ramping. Sebanyak 500 spesies ikan jerung yang diketahui wujud; kebanyakan ikan ini ditemukan di lautan.[3]

Ikan yu atau jerung bernafas dengan menggunakan lima pasang liang insang (kadang-kadang enam atau tujuh, bergantung pada spesies) di sisi, atau di belakang kepalanya. Kulit tubuh ikan-ikan jenis ini dilapisi dentikel dermis untuk melindungi kulit dari dirosakkan jangkitan parasit serta memperbaiki dinamik bendalir semasa berenang dalam air. Jerung juga mempunyai beberapa deret gigi yang dapat diganti.[4] Beberapa spesies jerung ini merupakan pemangsa puncak dalam rantai makanan habitat didiami. Ikan yu sebenarnya jarang menyerang manusia kecuali kalau terasa terancam tidak seperti yang ditanggap orang ramai.

Ikan yu mencakup spesies yu pigmi, Euprotomicrus bispinatus, dari laut dalam yang berukuran sebesar telapak tangan panjangnya hanya 22 cm, hingga yu paus, Rhincodon typus, ikan terbesar, yang tumbuh hingga sekitar 12 meter dan hanya makan plankton seperti ikan paus melalui alat penyaring di mulutnya. Yu banteng, Carcharhinus leucas, adalah yang paling terkenal dari beberapa spesies yang berenang di air laut mahupun air tawar (jenis ini ditemukan di Tasik Nicaragua, di Amerika Tengah) dan di delta-delta.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama KI
  2. ^ "hiu". Kamus Bahasa Indonesia-Melayu Riau. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 1997. m/s. 145. ISBN 979 459 785 6. hiu n. iu;...
  3. ^ Allen, Thomas B. (1999). The Shark Almanac. New York: The Lyons Press. ISBN 978-1-55821-582-5. OCLC 39627633.
  4. ^ Budker, Paul (1971). The Life of Sharks. London: Weidenfeld and Nicolson. SBN 297003070.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne