Tuan Guru Haji Yusuf Rawa | |
---|---|
Presiden Parti Islam Se-Malaysia | |
Dalam jawatan 1982–1989 | |
Timbalan | Fadzil Mohd Noor |
Didahului oleh | Mohd Asri Muda |
Digantikan oleh | Fadzil Mohd Noor |
Mursyidul Am PAS | |
Dalam jawatan 1987–1995 | |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Timbalan Menteri Kerajaan Malaysia | |
Timbalan Menteri Perusahaan Utama | |
Dalam jawatan 13 Ogos 1973 – 24 Ogos 1974 | |
Perdana Menteri | Abdul Razak Hussein |
Menteri | Abdul Taib Mahmud |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Ulu Muda | |
Dalam jawatan 1974–1977 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Hashim Endut |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kota Star Selatan | |
Dalam jawatan 1969–1974 | |
Didahului oleh | Mahathir Mohamad |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Duta Besar Malaysia Ke Iran dan Turki di Tehran | |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Raja | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (1974-1975) Sultan Yahya Petra (1975-1978) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Lebuh Acheh, Pulau Pinang | 8 Mei 1922
Mati | 28 April 2000 | (umur 77)
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Hajah Kalsom Ali |
Anak | 11 (termasuk Mujahid Yusuf Rawa) |
Tuan Guru Haji Yusof Rawa (nama sebenar Yusof bin Abdullah Ar-Rawi (Jawi: يوسف بن عبدالله الراوي ), lahir 8 Mei 1922 – meninggal 28 April 2000 pada umur 77 tahun) ialah tokoh gerakan Islam di Malaysia. Beliau ialah bekas Yang Di-Pertua atau Presiden PAS. Beliau merupakan satu-satunya pemimpin PAS yang pernah memegang kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am (1987-1995) dan Presiden (1982-1989). Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet Malaysia. Yusof juga ialah seorang ahli perniagaan yang disegani. Beliau merupakan salah seorang pengasas Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan dilantik sebagai Bendahari Kehormat yang pertama dalam pertubuhan tersebut. Yusof telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1992 ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Mursyidul Am PAS.