Syeikh Dr. Yusuf 'Abdullah al-Qaradawi يوسف عبد الله القرضاوي | |
---|---|
Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa | |
Dalam jawatan 2004–2018 | |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Ahmad al-Raysuni |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mesir | 9 September 1926
Mati | 26 September 2022 Doha, Qatar | (umur 96)
Tempat belajar | Universiti al-Azhar |
Peribadi | |
Era | Moden |
Kawasan | Mesir |
Akidah | Sunni |
Karya penting | Fiqh az Zakat, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Fiqh al Jihad dan lain-lain |
Jawatan kanan | |
Dipengaruhi oleh | |
Mempengaruhi | |
Al-Allamah al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi (Arab: يوسف القرضاوي, rumi: Yūsuf al-Qaraḍāwī ; 9 September 1926 – 26 September 2022)[1] ialah seorang ulama Islam kelahiran Mesir yang menetap di Doha, Qatar. Beliau ialah pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa hingga 2018.[2] Beliau terpengaruh dengan jalur pemikiran daripada Ibn Taimiah, Ibn Qayyim,[3] Sayyid Rashid Rida,[4][5] Hassan al-Banna, Abul Hasan Ali Hasani Nadwi,[6] Abul A'la Maududi dan Naeem Siddiqui.[7] Beliau terkenal dengan rancangannya "Syariah dan Kehidupan" (Arab: الشريعة والحياة, rumi: al-Sharīʿa wa al-Ḥayāh , yang disiarkan di Al Jazeera, yang mana anggaran penontonnya sekitar 40–60 juta orang seluruh dunia.[8][9][10] Beliau juga dikenali dengan IslamOnline, sebuah laman web yang beliau bantu tubuhkan sekitar tahun 1997 dan menjadi ketua ilmuwan Islam.
Al-Qaradawi mengarang lebih daripada 120 buah buku,[9] termasuk Halal dan Haram di dalam Islam dan Islam: Ketamadunan Masa Depan. Beliau turut menerima pelbagai anugerah dan hadiah antarabangsa bagi sumbangan beliau dalam keilmuan Islam,[11] dan dianggap sebagai salah seorang ulama Islam paling berpengaruh semasa hidupnya.[8][12][13] Al-Qaradawi pernah mempunyai peranan dalam kepimpinan intelektual bagi Ikhwan Muslimin,[14] sebuah pertubuhan Islamis di Mesir, walaupun beliau berulang kali menyatakan beliau bukan lagi anggota pertubuhan tersebut[15] dan dua kali (pada 1976 dan 2004) menolak tawaran bagi memegang jawatan dalam pertubuhan tersebut.[8][16]
Al-Qaradawi kadang kala digambarkan sebagai seorang pejuang Islam sederhana (Islamis yang wasati).[17] Beberapa pandangan beliau, seperti perestuan beliau terhadap pengeboman berani mati warga Palestin menentang Israel, menyebabkan pelbagai maklum balas beberapa kerajaan dari Barat:[18] visa beliau ke United Kingdom telah ditarik balik pada 2008,[19] dan dihalang daripada memasuki Perancis pada 2012.[20]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama AnaSoage
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BBC 2008-02-07