Zaharah Agus | |
---|---|
Kelahiran | 1922 |
Meninggal dunia | 26 Mac 1978 | (umur 55–56)
Pekerjaan | Penyanyi Melayu era 60-an / 70-an & Pelakon |
Terkenal kerana | Filem Madu Tiga |
Pasangan | M. Suki |
Zaharah Agus atau Zara Agus (Zera Agus) merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.[1] Beliau juga merupakan seorang pelakon, terkenal bagi peranannya sebagai isteri pertama P. Ramlee dalam filem Madu Tiga. Dalam filem ini, babak pergaduhannya dengan madunya (isteri kedua), lakonan Jah Mahadi masih diingati.[2] Dalam filem ini juga, Saloma menyanyi lagu cover "Keindahan Bintang Malam" yang asalnya dinyanyikan oleh Zaharah Agus. Dalam filem ini, lagu itu disingkatkan sebagai Bintang Malam. Lagu "Mat Lodeh" yang dipopularkan oleh Anita Sarawak juga pada asalnya dipersembahkan oleh Zaharah Agus. Versi cover oleh Anita pada tahun 1970-an dilakukan dengan lirik lain.
Zaharah Agus telah mendirikan rumahtangga bersama M. Suki, anak, cucu dan cicitnya, Noraini Muti, Nanu Baharuddin dan Haneesya Hanee, turut menceburi bidang seni.[3]