Zahiril Adzim | |
---|---|
ظاهرالعظيم | |
![]() Zahiril di studio MeleTOP pada Ogos 2016. | |
Kelahiran | Muhammad Zahiril Adzim bin Mohd Mokhtar 23 Januari 1984 |
Pendidikan | Diploma (ASWARA) |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, pengarah |
Tahun aktif | 2007–kini |
Pasangan | Shera Aiyob (k. 2011)[1] |
Anak-anak | 1 |
Laman web rasmi | https://bobbysansupply.com/ https://instagram.com/zahiriladzim?igshid=MzRlODBiNWFlZA== |
Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar (lahir 23 Januari 1984) ialah seorang pelakon, pengarah dan pengacara televisyen lelaki Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang perfileman, Televisyen, penstriman dan teater.[2] Beliau terkenal dengan membintangi filem termasuk KAMI The Movie (2008), Senjakala (2011), Bunohan (2012), siri filem Juvana (2013–2016), Pekak (2016) dan One Two Jaga (2018) serta drama TV termasuk Juvana (2011), Paan & Paiz (2012), Aku Bukan Bimbo (2016), KL Gangster: Underworld (2018) dan Andai Tiada Dia (2024). Zahiril bersama-sama dengan Nam Ron, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, June Lojong, Chew Kin Wah, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[3]