Zaid Ibrahim

Yang Berbahagia Datuk
Mohd Zaid Ibrahim
DMSM (Mel)
-
-
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 15 September 2008
Didahului olehMohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz
Digantikan olehDatuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz
Kawasan pilihan raya-
Majoriti-
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kota Bharu
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehRamli Ibrahim
Digantikan oleh Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
Kawasan pilihan raya-
Maklumat peribadi
Lahir
Mohammed Zhaidd bin Ibrahim

(1951-04-10) 10 April 1951 (umur 73)
Kelantan Kota Bharu, Kelantan
Meninggal dunia-
-
Parti politik UMNO (2000–2009, 2022-kini)
PKR (Pakatan Rakyat) (2009–2010)
KITA (2010-2012)
BEBAS (2009, 2010, 2012-2017, 2020-2022) DAP (2017-2020)
Tinggi-
PasanganDatin Suliana binti Shamsuddin
Pertalian-
Anak-
Kediaman-
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam Bertauliah
Laman webZaid Ibrahim & Co.
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "full_name"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "nasional"


Datuk Mohd Zaid Ibrahim (lahir 10 April 1951) ialah seorang ahli politik dan peguam berbangsa melayu

Malaysia, yang pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia untuk hal-ehwal perundangan dan pembaharuan kehakiman. Beliau pernah menjadi Senator dalam Dewan Negara. Beliau juga pengasas Zaid Ibrahim & Co., firma guaman swasta terbesar di Malaysia.

Beliau pernah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 2000, sehingga digantung keahlian pada 2 Disember 2008. Dalam UMNO, beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu mulai tahun 2004 hingga 2008. Selepas keluar dari UMNO, beliau menganggotai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2009 dan bertanding untuk jawatan Naib Presiden pada tahun berikutnya, tetapi keluar dari parti itu pada November 2010 gara-gara kemelut yang dialami dalam pilihan raya parti PKR. Pada Disember 2010, Zaid menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia) dan dilantik sebagai presiden parti.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne