![]() |
---|
Zaman Heisei (平成時代 , Heisei-jidai) merupakan tempoh pemerintahan Maharaja Jepun ke-125, Akihito. Zaman ini bermula dari 8 Januari 1989 yakni sehari selepas kemangkatan ayahandanya Maharaja Hirohito sambil baginda puteranya ditabalkan, sehingga 30 April 2019 apabila Akihito turun takhta pada hari tersebut.[1]
Zaman ini disusuli dengan zaman Reiwa apabila putera baginda maharaja, Naruhito ditabalkan menjadi penguasa bertakhta seterusnya sejak 2019.