Zarina Zainuddin | |
---|---|
Kelahiran | Nur Zarina binti Mohd Zainuddin 24 Disember 1970 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1989–kini |
Pasangan | Dato' Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar (k. 1993) |
Anak-anak |
|
Ibu | Zahura Abdul Mutalib |
Bapa | Mohd Zainuddin Ibrahim |
Saudara |
|
Nur Zarina Mohd Zainuddin (Jawi: زارينا زين الدين; lahir 24 Disember 1970) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1]
Beliau memulakan kerjayanya pada 1989 apabila beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan pencarian wajah dan memenangi tempat ketiga. Lakonan pertamanya ialah menerusi filem Sumpahan Berdarah yang dikeluarkan pada tahun sama. Zarina telah membintangi filem-filem termasuk Momok Jangan Panggil Aku (2011) dan Girlfriend Kontrak (2015). Antara drama lakonan beliau ialah Kisah Kaisara, Gerak Khas, Teduhan Kasih, Surah Buat Maisara dan Halalkan Hati Yang Ku Curi.