Zhang Ning

Rekod pingat Olimpik
Badminton
Pingat emas – tempat pertama 2004 Athens Perseorangan Wanita
Zhang Ning
Maklumat peribadi
Nama kelahiran张宁
Negara Republik Rakyat China
Tinggi1.75 m (5 ka ​8 78 in)
Berat64
Cakat tanganKanan
Perseorangan wanita
Ranking tertinggi1
Ranking semasa5 (26 Jun 2008)
Profil BWF
Paparan amaran: Laman yang menggunakan Templat:Infobox Badminton player dengan parameter tidak dikenali "place_of_birth"
Paparan amaran: Laman yang menggunakan Templat:Infobox Badminton player dengan parameter tidak dikenali "playername"
Paparan amaran: Laman yang menggunakan Templat:Infobox Badminton player dengan parameter tidak dikenali "date_of_birth"

Zhang Ning (Bahasa Cina Mudah: 张宁, pinyin: Zhāng Níng) (lahir 19 Mei 1975 di Shenyang, wilayah Liaoning) merupakan pemain badminton profesional wanita dari Republik Rakyat China.

Zhang beraksi di Sukan Olimpik 2004 untuk pasukan China. Bagi acara perseorangan wanita, beliau menewaskan Marina Andrievskaya dari Sweden dan Kelly Morgan dari United Kingdom pada dua pusingan pembukaan. Pada peringkat suku akhir, Zhang menewaskan Wang Chen dari Hong Kong 9-11, 11-6, 11-7 untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Pada peringkat itu, beliau menewaskan rakan senegaranya, Zhou Mi 11-6, 11-4. Zhang menewaskan Mia Audina 8-11, 11-6, 11-7 pada pusingan akhir untuk merangkul pingat emas.

Zhang juga merupakan juara Kejohanan Badminton Dunia 2003 (Perseorangan Wanita) di Birmingham. Beliau menewaskan rakan senegaranya dan pemain handalan China, Gong Ruina dengan mengutip mata 11-6, 11-3 pada pusingan akhir. Pada Kejohanan Badminton Dunia 2005 dan Kejohanan Badminton Dunia 2006, beliau beraksi pada pusingan akhir, namun kedua-dua kejohanan itu ditewaskan oleh Xie Xingfang.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne