Republik Zimbabwe ريڤوبليق زيمبابوي Republic of Zimbabwe | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Bahasa Inggeris:"Unity, Freedom, Work" "Kesatuan, Kebebasan, Usaha" | |||||
Lagu kebangsaan: "Blessed be the land of Zimbabwe" Bahasa Melayu: Rahmatilah Tanah Air Zimbabwe[1] | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Harare 17°50′S 31°3′E / 17.833°S 31.050°E | ||||
Bahasa rasmi | [Note 1] | ||||
Kerajaan | Republik berpresiden parti dominan kesatuan | ||||
• Presiden | Emmerson Mnangagwa | ||||
Constantino Chiwenga | |||||
Kemerdekaan | |||||
• Rhodesia | 11 November 1965 | ||||
• Republik | 2 Mac 1970 | ||||
• Zimbabwe | 18 April 1980 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 390,757 km2 (150,872 bt2) (60) | ||||
1 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2019 | 14,215,809[2] (74) | ||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $41.031 bilion | ||||
$2,621[3] (129) | |||||
KDNK (nominal) | 2019 | ||||
• Jumlah | $22.290 bilion | ||||
$1,424[3] | |||||
Gini (1995) | 50.1[4] tinggi | ||||
HDI (2019) | ▲ 0.571 sederhana · 150 | ||||
Mata wang | Dolar Amerika Syarikat (rasmi untuk kerajaan), Rand Afrika Selatan, dan banyak mata wang lain 2, mis Pula Botswana. syiling bon Zimbabwe digunakan sebagai proksi untuk syiling dolar AS. nota bon Zimbabwe ditetapkan yang akan diperkenalkan pada 2016. ( ZWD ) | ||||
Zon waktu | UTC+2 (CAT) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+2 (tidak diperhatikan) | ||||
Kod panggilan | 263 | ||||
Kod ISO 3166 | ZW | ||||
DPT internet | .zw | ||||
1 Anggaran bagi negara ini mengambil kira kesan daripada wabak AIDS.
2 Dolar Zimbabwe tidak lagi digunakan secara aktif selepas ia digantung secara rasmi oleh kerajaan kerana hiperinflasi. Dolar Amerika Syarikat (US $), Rand Afrika Selatan (R), Pula Botswana (P), Pound sterling (£), euro ( €), Rupee India s (₹), Dolar Australia s (A $), Renminbi (元 / ¥) dan Yen Jepun (¥ )[5] adalah mata wang yang sah diperlakukan.[6]. Dolar Amerika Syarikat telah diterima pakai sebagai mata wang rasmi bagi semua urus niaga kerajaan. |
Zimbabwe; secara rasminya dikenali Republik Zimbabwe (dahulunya Rhodesia Selatan, Republik Rhodesia, dan Zimbabwe Rhodesia) terletak di tanah tinggi di antara Sungai Zambezi dan Limpopo, Zimbabwe dan di kelilingi negara Zambia, Mozambique, Afrika Selatan dan Botswana. Di Zimbabwe terdapat tiga bahasa utama bahasa Inggeris, bahasa Shona dan bahasa Ndebele, dengan 16 bahasa rasmi menjadikannya negara yang paling banyak bahasa rasmi di dunia.[7] Dengan keluasan lebih 390,245 km persegi, negara ini terletak pada ketinggian 300 meter di atas paras laut, sekali gus menjadikan ia sebuah negara yang mengalami cuaca tidak seterik negara Afrika lain.
Zimbabwe bermula sebagai jajahan British yang dikenali sebagai Rhodesia. Negara ini telah bergolak sejak Pengisytiharan Kemerdekaan Sepihak atau UDI pada 11 November 1965 sehinggalah ke hari ini. Seperti Afrika Selatan, negara ini telah lambat mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1980. Pada awalnya, kerajaan kulit hitam di bawah pimpinan Robert Mugabe telah diberi pujian kerana berjaya memperbaiki standard kehidupan dan ekonomi negara. Namun keadaan negara merosot pada akhir tahun 80an dan pentadbirannya dibelenggu dengan ekonomi yang tak terurus, hiperinflasi dan penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi manusia.[8] Pada tahun 2008, Zimbabwe mempunyai kadar inflasi tertinggi di dunia yang mencapai 2.2 juta peratus. [9]
Pada 15 November 2017, setelah tunjuk perasaan yang berlarutan selama lebih dari satu tahun terhadap pemerintahannya dan juga ekonomi Zimbabwe yang merosot dengan cepat, Mugabe telah dikenakan tahanan rumah oleh tentera nasional negara itu dalam satu rampasan kuasa.[10] Pada 19 November 2017, parti Zanu–PF memecat Robert Mugabe sebagai pemimpin parti dan melantik bekas Naib Presiden Emmerson Mnangagwa sebagai gantinya. Pada 21 November 2017, Mugabe mengemukakan peletakan jawatannya sebelum prosiding pendakwaan terhadapnya selesai. Pada 30 Julai 2018 Zimbabwe mengadakan pilihan raya umum, [11] yang dimenangi oleh parti Zanu–PF yang diketuai oleh Emmerson Mnangagwa.[12] Nelson Chamisa yang mengetuai parti pembangkang utama MDC Alliance mempertikaikan keputusan pilihan raya dan mengemukakan petisyen ke Mahkamah Perlembagaan Zimbabwe. Walaupun begitu, mahkamah mengesahkan kemenangan Mnangagwa, menjadikannya presiden Zimbabwe ketiga selepas berakhirnya regim Mugabe.
Zimbabwe ialah negara berpendapatan sederhana rendah dan berada di kedudukan ke-150 dalam Indeks Pembangunan Manusia. Negara ini kaya dengan galian seperti emas, berlian, platinum dan arang. Di samping itu, sektor pertaniannya juga maju dan antara tanamannya yang utama ialah tembakau.
|accessdate=
(bantuan)
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "Note", tetapi tiada tag <references group="Note"/>
yang berpadanan disertakan