Dalam matematik dan fizik keadaan pepejal, zone Brillouin yang pertama merupakan takrifan istimewa sel primitif bagi kekisi salingan dalam domain frekuensi. Ia ditemui dengan cara yang sama bagi sel Wigner-Seitz dalam kekisi Bravais. Kepentingan zon Brillouin bermula dari penyataan gelombang Bloch bagi gelombang dalam medium berkala yang di dalamnya ditemui penyelesaian yang ditentukan oleh ciri dalam satu-satu zon Brillouin.
Dengan mengambil permukaan pada jarak yang sama dari satu unsur kekisi dan jirannya, isi padu yang dirangkuminya adalah zon Brillouin pertama. Takrifan lain ialah apabila set titik di ruang-k boleh dicapai dari asalan tanpa melintasi mana-mana satah Bragg.
Terdapat juga yang kedua, ketiga, dll. zon Brillouin, bergantung kepada turutan kawasan tak bersamping (semua dengan isi padu yang sama) pada jarak yang semakin bertambah dari asalan., tetapi yang ini jarang digunakan. Maka, zon Brillouin pertama sering hanya dipanggil zon Brillouin. (Umumnya, zon Brilloiun ke-n mengandungi set titik yang boleh dicapai dari asalan dengan melintasi n − 1 satah Bragg.)
Konsep berkaitan adalah zon Brillouin tak terturunkan, iaitu zon Brillouin pertama yang dikurangkan oleh semua simetri dalam titik kumpulan kekisi.
Konsep zon Brillouin dikembangkan oleh Leon Brillouin (1889-1969), seorang ahli Fizik Perancis.