Zooxanthellae adalah istilah tidak rasmi untuk organisma dinoflagelat [en]bersel tunggal yang mampu hidup secara simbiosis dengan pelbagai invertebrata laut termasuk bunga karang, batu karang, obor-obor dan nudibrankia. Kebanyakan zooxanthellae yang dikenali adalah dalam genus Symbiodinium,[1] tetapi sesetengahnya dikenali daripada genus Amphidinium, malah takson-takson lain yang belum dikenal pasti, mungkin mempunyai pertalian endosymbion yang serupa.[2]Zooxanthella yang sebenar merupakan mutualis kepada radiolaria Collozoum inerme (Joh. Müll., 1856) [3] dan tergolong dalam order Peridiniales. [4] Satu lagi kumpulan eukariota unisel yang mengambil bahagian dalam hubungan endosimbiotik yang seumpamanya di habitat laut dan air tawar ialah alga hijau zoochlorellae.[5]
Zooxanthellae merupakan organisma fotosintetik yang mengandungi klorofil a [en] dan klorofil c [en] serta pigmen dinoflagelat peridinin [en] dan diadinoxanthin [en]. Ini memberikan warna kekuningan dan keperangan yang tipikal bagi kebanyakan spesies perumah.[2] Pada siang hari, ia membekalkan perumahnya dengan hasil karbon organik fotosintesis, dan kadangkala membekalkan sehingga 90% daripada keperluan tenaga perumah untuk metabolisme, pertumbuhan dan pembiakan. Sebagai balasan, ia menerima nutrien, karbon dioksida, dan kedudukan tinggi dengan akses kepada cahaya matahari.[6][7]
^ abBirkeland, Charles (1997). Life and Death of Coral Reefs. Springer Science & Business Media. m/s. 98–99. ISBN978-0-412-03541-8. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Birkeland" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^Brandt, K. (1881). "Über das Zusammenleben von Thieren und Algen" [About the coexistence of animals and algae]. Archiv für Anatomie und Physiologie / Physiologische Abteilung (dalam bahasa German). 1881: 570–574.CS1 maint: unrecognized language (link)
^Gottschling, M.; McLean, T.I. (2013). "New home for tiny symbionts: Dinophytes determined as Zooxanthella are Peridiniales and distantly related to Symbiodinium". Molecular Phylogenetics and Evolution. 67 (1): 217–222. doi:10.1016/j.ympev.2013.01.003. PMID23333735.CS1 maint: multiple names: authors list (link)