Yang Berbahagia Tuan Haji Zubir Said زبير سيد Sijil Kemuliaan, BBM, JS, SKA, SBA, ACCA, COMPASS | |
---|---|
Nama lahir | Zubir bin Said |
Juga dikenali sebagai | Pak Zubir |
Kelahiran | 22 Julai 1907 |
Berasal dari | Bukittinggi, Sumatera Barat, Hindia Belanda (kini Indonesia) |
Meninggal dunia | 16 November 1987 Jalan Chiku, Joo Chiat Place, Singapura | (umur 80)
Genre | Skor filem dan lagu |
Pekerjaan | Penggubah lagu |
Tahun aktif | 1928–1987 |
Syarikat rakaman | Universal Music Group |
Yang Berbahagia Tuan Haji Zubir Said B.B.M. (22 Julai 1907–16 November 1987) ialah orang Minangkabau dan beragama Islam. Dia adalah penggubah muzik untuk filem dan juga pencipta lagu kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura". Seorang pemuzik yang diajar sendiri, Zubir juga bekerja sebagai penggubah skor dan penulis lagu untuk Cathay-Keris Film Productions selama 12 tahun, mengarang beberapa lagu untuk filem-filem Melayu terbitan syarikat itu. Beliau dipercayai telah menggubah lebih kurang 1,500 buah lagu, dengan sekurang-kurangnya 10% daripada koleksi pernah dirakamkan.[1]
Karya Zubir telah dipandang sebagai lagu Melayu yang sebenarnya kerana lagu-lagunya berkaitan dengan sejarah dan nilai-nilai Melayu dan, bersama-sama orang Minang sezamannnya, membangkitkan semangat kebangsaan pada tahun 1950-an. Selain "Majulah Singapura", Zubir menggubah lagu patriotik Semoga Bahagia yang dijadikan lagu tema Hari Kanak-Kanak Singapura. Ia menerima sejumlah penghargaan sehingga akhir hayatnya dan secara anumerta atas sumbangan beliau dalam bidang muzik dan kebudayaan Melayu di Singapura.