Zul Handy Black | |
---|---|
Nama lahir | Nurzul Suphia'an bin Sa'aban |
Kelahiran | 1975 (umur 49–50) Negeri Sembilan, Malaysia |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1986–kini |
Nurzul Suphia'an bin Sa'aban, atau lebih dikenali sebagai Zul Handy Black, adalah bekas vokalis kumpulan rock kapak yang popular sekitar era 80an dan 90an iaitu kumpulan Handy Black yang popular dengan lagu Kau Yang Bernama Seri. Zul Handy Black meninggalkan kumpulan Handy Black pada tahun 2005 atas sebab tertentu. Kini Zul aktif bergiat dalam bidang lakonan, antara lakonan filem Zul handy black adalah filem Santau, Kembar Siang dan lain-lain. Kini aktif bersama kumpulan Zul handyblack & Assalambuskers.[1]