Zulkifli Hasan LLB (Hons), MCL (UIAM); PhD (Durham) | |
---|---|
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) | |
Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja |
|
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Mohd Na'im Mokhtar |
Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Perhubungan Masyarakat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia | |
Dalam jawatan 2018–2022 | |
Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia | |
Dalam jawatan 2017–2018 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tanjong Malim, Perak | 3 Jun 1977
Tempat belajar | Durham University Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (LLB & MCL) |
Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan (lahir 3 Jun 1977) ialah seorang ahli akademik, penulis dan ahli politik di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sejak 12 Disember 2023.[1]
Dr. Zulkifli Hasan merupakan bekas Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Perhubungan Masyarakat), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan mantan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau pernah memegang pelbagai jawatan akademik lainnya seperti penyunting untuk Malaysian Journal of Syariah and Law, untuk Journal of Islamic Accounting and Business Research, Anggota Lembaga Penasihat Journal of Contemporary Maqasid Studies, Penolong Penyunting untuk Malaysian Journal of Islamic Movements and Muslim Societies, ahli panel bagi regulasi muamalat dan halal,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jawatankuasa Pendidikan Syariah dan Undang-Undang, JAKIM, ahli jawatankusa timbang tara Universiti Inns of Court Malaysia, jawatankuasa Penguam Syarie, JAKIM, jawatankuasa teknikal Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), Anggota Pengarah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ketua Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM], Wakil Ketua Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti Malaysia (MATDUM), pensyarah jemputan untuk Judicial and Legal Training Institute, Jabatan Perdana Menteri dan Centre For Islamic Banking, Finance And Management (CIBFM), Brunei Darussalam, penyemak jurnal untuk banyak jurnal antarabangsa yang dirujuk serta anggota lembaga Penasihat Editorial Shari'ah Law Reports dan Global Islamic Finance Magazine. Beliau juga merupakan Lembaga Pengarah bagi Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE), anggota Lembaga Penasihat untuk Institut Ekonomi Islam dan Kewangan, Universiti Marmara, Istanbul, Turki, Felo Penyelidik Kanan, Universiti Selangor, Penasihat Akademik, Kolej Dar Al-Hikmah, Selangor.[2]